MEXICO CITY – Dua kumpulan media antarabangsa mendesak penyiasatan penuh dijalankan terhadap kematian wartawan warga Honduras, Juan Carlos Argenal Medina yang ditemui mati ditembak di rumahnya di bandar Danli, Sabtu lalu.
Jawatankuasa Perlindungan Wartawan dan Wartawan Tanpa Sempadan berkata, Argenal adalah wakil Radio y TV Globo yang dikritik kerana menentang rampasan kuasa 2009 yang menggulingkan Presiden Manuel Zelaya.
Isteri Zelaya, Xiomara Castro, kalah dalam pemilihan jawatan presiden pada 24 November lalu dan membantah keputusan pengundian. – AP
0 komentar:
Posting Komentar