Jumat, 21 Februari 2014

Nik Aziz mahu sertai PRU13 serentak

sinar harian
11 September 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Sebaliknya Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

"Tidak..tidak..tidak (untuk membubarkan DUN sendirian), kita buat serentak dengan Pusat," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.- Bernama

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. veni vanisa - Posts · Comments
Powered by Blogger