Jumat, 31 Januari 2014

LOL Bila Tajuk Filem Mengandungi Typo 6 Gambar

- 0 komentar
Apa akan terjadi jika tajuk filem popular mempunyai masalah typo yang SERIUS? Hasilnya ialah tajuk filem yang lulz. Poster filem di bawah ditinjauankan oleh Removies Tumblr. Nice..





Sumber - BlogSerius
[Continue reading...]

Kamis, 30 Januari 2014

Polis Percaya Kejadian OKT Lolos Memang Dirancang

- 0 komentar

KEPALA BATAS – Polis percaya kejadian seorang kasanova yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) yang meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen di George Town petang semalam memang dirancang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kejadian lolos itu bukan disebabkan kecuaian sebaliknya pematuhan kerja tidak dilaksanakan.

“Kita percaya kes lolos itu memang dirancang, jadi ia (kes lolos) ada cerita lain di sebalik OKT itu berjaya melarikan diri semalam.

“Sebab itu kita telah tahan seorang pegawai dan siasat apa yang berlaku  sebenarnya. Polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Sjn Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika menjalankan tugas di Melaka baru-baru ini, Atiqah Mohd Rosdi, 29, di Taman Bertam Indah, di sini.

Ditanya sama ada perlu penambahbaikan atau meningkatkan kawalan ketika membawa OKT atau tahanan, Khalid berkata perkara itu tidak perlu kerana Prosedur Standard Operasi (SOP) sudah mencukupi.

“Kita tidak perlu penambahbaikan atau sebagainya kerana arahan dan SOP yang sedia ada sudah mencukupi yang penting adalah pematuhan pegawai dan anggota polis yang bertugas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pegawai dan anggota PDRM mematuhi arahan  dan SOP dalam setiap tugasan dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan.

Dalam kejadian pukul 2 petang semalam itu suspek, Prabaharan Kesavan, 45, dalam perjalanan pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands pada Selasa lepas.

Ketika dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring OKT itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta lelaki itu dibawa ke  biliknya dengan alasan untuk disoal siasat atas satu lagi kes ugutan.

Susulan kejadian itu, polis menahan pegawai kanan wanita berpangkat ASP kerana dipercayai membantu OKT itu melarikan diri.

BACA: ‘Datuk Seri Kasanova’ BOLOS Dari Tahanan, ASP Wanita Ditahan Bantu Suspek Lari

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid berkata sumbangan yang disalurkan hari ini adalah bagi meringankan beban isteri Allahyarham Sjn Zal-Azri yang perlu membesarkan dua anak mereka yang masih kecil.

“Kita harap sumbangan daripada Tabung Perwira, wang insurans daripada kerajaan dan kenaikan pangkat Allahyarham hari ini akan membantu isterinya membesarkan dua anak lelaki mereka,” katanya.

Atiqah yang ditemui berkata beliau merancang menggunakan wang bantuan itu bagi menjalankan perniagaan kecil-kecilan sambil berterima kasih kepada PDRM  dan kerajaan persekutuan membantu keluarganya.

“Setakat ini belum ada perancangan untuk kerja kerana anak bongsu masih kecil lagi, mungkin akan guna wang bantuan yang diterima untuk berniaga kecil-kecilan bagi menambung perbelanjaan kami tiga beranak,” katanya.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah berusia lima bulan. – BERNAMA
[Continue reading...]

Rabu, 01 Januari 2014

Intip mangsa keluar pasar raya

- 0 komentar
myMetro 10 Sep 2013
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Seorang wanita yang baru selesai membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di bandar raya ini mengalami detik mencemaskan apabila ‘diculik’ dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum dilarikan bersama kenderaannya.

Dalam kejadian jam 11 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang berseorangan tidak menyedari pergerakannya diperhatikan selepas sebaik keluar membeli-belah di sebuah pasar raya, di sini.

Ketika memasukkan barangan dalam kenderaan, mangsa didatangi lelaki terbabit dari belakang sebelum mengugut mencederakannya jika enggan mematuhi arahan mereka.
Lelaki itu kemudian bersama mangsa menaiki kereta Kia Sportage miliknya ke mesin juruwang automatik (ATM) berhampiran untuk mengeluarkan wang sebelum diarah membeli barangan kemas menggunakan duit berkenaan.

Sebaik arahan dipatuhi, lelaki itu mengarahkan pula mangsa memandu menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebelum berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh dan sekali lagi mangsa dipaksa mengeluarkan wang dari mesin ATM di hentian berkenaan kira-kira sejam kemudian. Kelekaan lelaki itu membolehkan mangsa melarikan diri ke tempat awam, namun lelaki terbabit yang terkejut dengan tindakan nekad mangsa kemudian terus melarikan diri menaiki kereta mangsa kerana bimbang kejadian itu disedari orang ramai.

Sejurus berjaya melarikan diri, mangsa segera membuat laporan polis dan hasilnya tidak sampai 24 jam Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan seorang daripada dua lelaki terbabit.
Sumber berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di kawasan tapak pasar malam di Lembah Subang kira-kira jam 3 pagi, 6 September lalu ketika memasuki kereta Kia Sportage mangsa yang diletakkan di kawasan berkenaan.

“Rakannya sempat melarikan diri ke kawasan pangsapuri berhampiran,” katanya.
Sebaik melihat dua lelaki terbabit memasuki kereta berkenaan, polis terus menghampiri kereta itu menyebabkan lelaki terbabit terkejut melarikan diri.

“Namun tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada mereka manakala rakannya melarikan diri ke kawasan pangsapuri berhampiran,” katanya. Katanya, polis turut merampas empat peket lutsinar dan tiga straw berisi bahan yang dipercayai dadah selain tiga telefon bimbit bersama dua keping cukai jalan di dalam beg sandang milik lelaki berkenaan.

Beliau berkata, usaha mengesan rakannya sedang giat dijalankan dan lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan menggunakan senjata.
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. veni vanisa - Posts · Comments
Powered by Blogger