PETALING JAYA 23 November: Ahli Parlimen (MP) Hong Kong, James To menyokong penuh usaha KEADILAN untuk menggesa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang, James turut berjanji untuk membawa isu tersebut ke dalam Sidang Parlimen Hong Kong.
"Mereka menyatakan kebimbangan akan keseriusan kes ini dan menurutnya adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu ICAC dalam mengumpul bukti,” katanya.“Justeru, kalau ada bukti kukuh diserahkan, kes pasti dibuka semula kerana mereka tak mahu Hong Kong dijadikan ‘syurga’ untuk melakukan jenayah rasuah,” jelasnya.
Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang media itu di ibu pejabat parti petang tadi sekembalinya mereka dari Hong Kong hari ini.
Delegasi KEADILAN itu bertolak ke Hong Kong Rabu lalu.Lih Kang berkata, selain James, Ahli Parlimen Hong Kong yang turut berjumpa mereka dan menyatakan sokongan termasuk Naib Pengerusi Panel Keselamatan, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong. ~kd
0 komentar:
Posting Komentar