Tampilkan postingan dengan label pulang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pulang. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Jenazah Anggota Malbatt 5 Dibawa Pulang Isnin

- 0 komentar

Kuala Lumpur – Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) berpangkat Sarjan, yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata nahas pada kira-kira 5.40 petang semalam waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) itu meragut nyawa Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32.

Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla.

Insiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.

“Kemalangan berlaku semasa anggota sedang melaksanakan konvoi pergerakan pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin,” kata Zulkifeli pada sidang akhbar di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Konvoi pergerakan Kumpulan FP itu melibatkan 41 anggota dan lapan kenderaan tentera pelbagai jenis.

“Allahyarham Rosdi meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anggota yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan,” kata Zulkifeli.

Nur Syahied yang cedera parah kini dirawat di Hospital Saint George di Beirut manakala Mohamad Aizuwan dimasukkan ke Hospital Tibnin.

Zulkifeli berkata Rosdi, yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang isteri Aliza Ariffin serta tiga anak, iaitu seorang lelaki berusia lapan tahun dan dua perempuan berumur enam dan tiga tahun.

“Jenazah akan diuruskan MALBATT 5 untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba di tanah air pada Isnin, sebelum disemadikan di kampung halaman isterinya di Ipoh,” katanya. – BERNAMA
[Continue reading...]

Sabtu, 23 November 2013

Mikha Angelo Pulang dari X Factor Indonesia di Babak 4 Besar

- 0 komentar

Mikha Angelo Pulang dari X Factor Indonesia di Babak 4 Besar. Lucu unik aneh akan berbagi seputar X Factor Indonesia yaitu Mikha Angelo Pulang dari X Factor Indonesia di Babak 4 Besar.

Mikha Angelo Pulang dari X Factor Indonesia di Babak 4 Besar

Mikha Angelo
Kalian udah pasti nonton Gala Show 11 X Factor Indonesia bukan? Baik sekarang  Bagikan  siapa yang keluar dari Gala Show 11 X Factor Indonesia.
Panggung Gala Show 11 X Factor Indonesia pada Jumat, 3 Mei 2013 yang disiarkan RCTI mulai pukul 21.00 WIB mempertarungkan 4 finalis.
Setelah line voting ditutup, host Robby Purba mengumumkan satu persatu tidak berdasarkan urutan terbanyak perolehan vote SMS untuk lolos ke Gala Show 12 pekan depan atau babak 3 besar.
Finalis pertama yang dipanggil host Robby Purba untuk lolos ke babak 3 besar minggu depan adalah Novita Dewi, kemudian menyusul Nu Dimension.
Ternyata kontestan yang berada di bottom two adalah Mikha Angelo dan Fatin Shidqia. Ini kali pertama Fatin Shidqia berada di bottom two.
Dan host Robby Purba mengumumkan bahwa Mikha Angelo harus pulang dari X Factor Indonesia di Babak 4 Besar.

[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. veni vanisa - Posts · Comments
Powered by Blogger